1.0 PENGENALAN
Bilangan kanak-kanak yang menghadapi Masalah pembelajaran di Malaysia tidak dapat dikenalpasti secara tepat namun menurut Carol Turkington and Joseph R.harris, dalam buku berjudul Understanding Learning Disabilities menyatakan bahawa terdapat seorang daripada setiap lima orang di United States mengalami masalah pembelajaran.Namun demikian terdapat lagi bilangan kanak-kanak masih tidak direkodkan kerana kanak-kanak ini tidak menerima ujian diagnostik yang betul atau tidak mendapat rawatan kerana mereka ini dianggap tidak memerlukan perhatian yang khusus.
Tetapi tidak semua murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran merupakan kanak-kanak bermasalah pembelajaran (learning disabilities). Sesetengah kanak-kanak mungkin menunjukkan perkembangan yang agak lewat jika dibandingkan dengan kanak-kanak seusianya yang lain. Oleh yang demikian, betapa pentingnya pengenalpastian yang lebih awal atau rawatan awal bagi mengenalpasti simptom masalah pembelajaran. Di peringkat pembelajaran prasekolah lagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran sepatutnya dapat dikenal pasti. Antara simptom kanak-kanak sebegini adalah menghadapi masalah bagi mengenal huruf, perkataan, menghubungkan bunyi dan huruf, pengiraan atau berkaitan dengan nombor, terlalu aktif atau pasif. Pada peringkat sekolah rendah kanak-kanak ini akan menghadapi masalah untuk belajar perkataan-perkataan baru, bercakap menggunakan ayat yang penuh, memahami perbualan, penulisan dan menguasai penyelesaian masalah matematik dan banyak lagi masalah lain.
Manakala bagi orang dewasa yang menghadapi masalah pembelajaran pula mungkin bermasalah dalam mengingati maklumat-maklumat bar, pembacaan, bergaul dengan rakan sebaya atau rakan kerja, atu mencari pekerjaaan tetap, mengingat arah, membaca, menulis, mengeja dan matematik, harga diri, dengan menggunakan bahasa yang baik, atau memenuhi ”dateline”. Pada generasi sebelum ini masalah pembelajaran ini adalah kurang difahami dan kebanyakannya tidak diendahkan.
2.0 DEFINISI
Adalah agak sukar untuk mentafsirkan maksud masalah pembelajaran kerana semua orang akan memberikan makna dan erti yang berlainan (K.A Razhiyah, 2006). Antara definisi yang berikut menggambarkan bahawa setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza namun secara umumnya memberi maksud yang sama.
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah mereka yang mempunyai masalah neurologikal hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja, dan bermatematik. (Mohd Sharani Ahmad, 2007)
Manakala menurut Kementerian Pendidikan, kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan kognitif, tingkahlaku sosial.perkemabangan sosial, penguasaan bahasa lisan dan pertuturan, penguasaan membaca, kemahiran perkembangan (developmental skill), kemahiran matematik, daya penglihatan dan darjah kebolehan mendengar.
Menurut Carol Turkington dan Joseph dalam buku bertajuk Understanding Learning Disabilities pula mengatakan bahawa masalah pembelajaran adalah suatu gangguan neurobiologi di mana otak seseorang bekerja atau berstruktur berbeza, dan mempengaruhi proses asas yang terlibat dalam memahami atau menggunakan bahasa atau matematik.
Daripada definisi yang telah dipetik di atas, jelaslah bahawa kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran tidak dapat dikenalpasti secara rambang kerana mereka tidak menunjukkan perbezaan dari segi fizikal berbanding kanak-kanak normal. Pada peringkat awal guru merupakan agen utama yang dapat mengenalpasti tanda-tanda kanak-kanak yang mengalami masalah tersebut. Namun demikian, masalah ini dapat disahkan oleh pakar profesional secara klinikal. Sebenarnya kanak-kanak ini mempunyai fizikal dan daya pemikiran normal namun terdapat beberapa kekurangan atau kelemahan dalam pembelajaran. Oleh yang demikian, kanak-kanak ini memerlukan teknik atau kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza berbanding kanak-kanak normal. Atas kesedaran ini, kini terdapat banyak program yang disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta bagi membantu kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran ini.
3.0 JENIS-JENIS MASALAH PEMBELAJARAN
Dibahagian ini akan dibincangkan secara ringkas jenis-jenis masalah pembelajaran.
a) Disleksia
Masalah ini berpunca daripada cara otak berfungsi terutama dalam emnghubungkan simbol visual dan bunyi. Kanak-kanak disleksia akan menghadapi kesukaran dalam pembacaan, penulisan, memahami isi bacaan, mengeja dan mengira. Antara ciri-ciri disleksia yang dapat dikenalpasu di peringkat pra sekolah ialah lambat bertutur, mengalami kesukaran sebutan atau rima, sukar menulis nama sendiri, sukar mengenal bentuk atau warna dan sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya. Manakala pada peringkat seterusnya iaitu di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira, tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas, kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (bacaan terbalik) contohnya 15 dengan 51, “was” menjadi “saw”, ‘b’ dengan ‘d’‘. Pada peringkat ini juga mereka mungkin mengalami kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut, keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’, kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan dan selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah.
b) Dysgraphia
Kanak-kanak dysgraphia akan menghadapi kesukaran dalam penulisan dan memahami tulisan.
c) Dyspraxia
Kanak mengalami gangguan neurologikal yang boleh menyebabkan gangguan kepada pergerakan koordinasi. Kanak-kanak yang mengalami dyspraxia akan berhadapan dengan masalah bahasa dan kadangkalanya sukar untuk mengkoordinasi pergerakan dengan lancar. Mereka akan mengalami kesukaran dalam berbahasa dan kadangkalanya sukar dalam persepsi dan pemikiran.
d) Dyscalculia
Kanak-kanak dyscalculia akan berhdapan dengan masalah dalam konsep matematik.
e) Gangguan Auditori
Bermasalah dalam menerima maklumat melalui pendengaran dan memproses maklumat.
f) Persepsi Visual
Bermasalah dalam menyalin, sukar menjawan soalan secara menghitamkan jawapan semasa peperiksaan.
g) Gangguan Bahasa
Sukar membezakan peristiwa lampau dan kini, sukar untuk meninmgat sesuatu perkataan.
h) Gangguan perhatian (ADHD)
Sukar untuk menguruskan sesuatu, sukar untuk memberi tumpuan dalam jangkamasa yang agak panjang.
i) Autisme
Sering berada dalam dunianya sendiri dan sukar untuk menerima arahan serta tidak dapat bergaul dengan rakan-rakan. Kanak-kanak autisme suka mengasingkan diri yang melampau sejak kecil, terlalu sayang kepada suatu objek tertentu, dan keinginan yang sangat kuat untuk bersendirian (Leo Kanner, 1943).
4.0 PUNCA-PUNCA KANA-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN
Kebanyakan pakar tidak dapat mengenalpasti punca sebenar berlakunya masalah pembelajaran, tetapi mereka berpendapat bahawa ia adalah gangguan sistem saraf pusat yang disebabkab pelbagai faktor seperti keturunan (genetik), masalah semasa kehamilan atau kelahiran dan insiden selepas kelahiran seperti kemalangan.
5.0 IMPAK MASALAH PEMBELAJARAN KEPADA KANAK-KANAK.
Impak masalah pembelajaran kepada kanak-kanak noleh dibincangkan berdasar kategori yang berikut:
1. Perkembangan akademik
Dari segi perkembangan akademik, kanak-kanak yang mengahadapi masalah pembelajaran ini biasanya agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal. Mereka akan menghadapi masalah seperti kesukaran untuk membaca dan menulis, matematik, ketidakupayaan untuk mencapai kejayaan, kurang berjaya dan kurang pendedahan kepada pengalaman serta mempunyai konsep kendiri yang lemah. Kanak-kanak akan dapat memahami bahasa melalui proses mendengar dan membaca. Kanak-kanak sukar belajar sukar untuk ”decoding” perkataan dibaca atau didengar ke dalam bentuk yang bermakna. ”Decoding” merupakan masalah utama bagi kanak-kanak yang sukar membaca dan menulis. Sekiranya masalah ini berlarutan mereka akan terus ketinggalan dalam perkembangan akademik dan mungkin akan berlaku masalah keciciran sekolah.
Perkembangan akademik yang agak perlahan ini dapat disokong menggunakan tinjuan literatur oleh Sabornie (1994) yang menyatakan bahawa kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berhadapan dengan konsep kendiri yang lemah berkaitan dengan fungsi sekolah namun demikian mereka tidak semestinya mempunyai konsep kendiri yang lemah di luar sekolah. Menurutnya juga, pelajar yang mengalami masalah pembelajaran lebih suka menyendiri, merasa amat terasing bila berada di sekolah, dan selalu menjadi mangsa oleh pelajar lain. Dapatan-dapatan ini juga mencadangkan bahawa faktor emosi juga akan menjadikan suasana pembelajaran di sekolah akan menjadi lebih sukar kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran berbanding kanak-kanak normal yang lain.
Ramai penyelidik juga telah mengenalpasti bahawa kesukaran belajar dapat memberi kesan negatif kepada kanak-kanak dalam hubungan sosial atau emosional kerana akan mempengaruhi kemampuan kanak-kanak untuk mengembangkan hubungan interpersonal yang postif. ”Defisit dalam pemprosesan kognitif menyebabkan masalah dalam bidang akademik dan seterusnya akan mendedahkan pelajar kepada masalah bukan akademik juga”(Bender & Wall, 1994)
2. Perkembangan Sosio-Emosi
Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam menyesuaikan diri dalam persekitaran sosialnya, persepsi sosial, konsep kendiri dan kurang bermotivasi. Mereka juga akan menghadapi masalah dalam pengurusan diri secara sistematik dan teratur. Dalam hubungan sosial biasanya mereka akan mendapat pelbagai kecaman dan pandangan serong seperti digelar sebagai malas, bodoh atau lembab samada dikalangan kawan-kawan atau keluarga. Mereka juga sering berhadapan dengan masalah pembentukan imej diri yang kurang sihat, terjejas dan mengalami rasa rendah diri. Jika tidak dikenal pasti dan dibantu di peringkat awal boleh menyebabkan mereka akan berterusan mengalami gangguan emosi (seperti kemurungan) ,masalah tingkah laku (seperti melawan, kecelaruan tingkah laku). (K.A Razhiyah, 2006)
Contoh:
Hairee (Kanak-kanak bermasalah pembelajaran dari Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di Kota Bharu, Kelantan) adalah kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang dapat menulis dan membaca dengan baik. Tulisannya kemas dan cantik. Namun, dia sering mengasingkan diri. Hairee tidak bergaul dengan rakan-rakan dan sering tunduk di dalam kelas. Dia juga tidak mahu bercakap dan mengeluarkan suara yang amat perlahan.Kanak-kanak seperti Hairee ini mempunyai masalah bersosial. Walaupun Hairee dapat menulis dengan baik tetapi tidak dapat bergaul dengan rakan-rakan yang lain. Dia sering duduk bersendirian semasa rehat.
Tahap ketakutan kanak-kanak bermasalah pembelajaran juga berada pada tahap agak tinggi. Contohnya, Margalit dan Zak (1984) mendapati bahawa kanak-kanak bermasalah pembelajaran mempunyai tahap ketakutan yang tinggi berbanding rakan-rakan mereka yang normal. Secara khususnya, mereka akan lebih kerap mengalami peristiwa diluar kawalan.
Pelajar yang bermasalah pembalajaran juga sering melakukan banyak masalah dalam persaiangan sosial dengan rakan-rakan normal mereka. Sabornie(1994) mendapati bahawa guru-guru menilai secara konsisten perilaku sosial pelajar normal sebagai lebih tinggi berbanding dengan pelajar ini. Manakala menurut Hiebert et al. (1982) guru sering melabelkan pelajar bermasalah pembelajaran sebagai "berperilaku yang kurang diterima secara sosial" berbanding rakan-rakan normal mereka .
3. Perkembangan berkomunikasi
Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran juga akan berhadapan dengan masalah perkembangan berkomunikasi. Mereka akan menghadapi masalah berbahasa dan pertuturan. Dari segi perkembangan ini akan mengakibatkan mereka menghadapi kedua-dua masalah iaitu memahami dan bertutur menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh orang lain. Rakan-rakan akan cuba mengelak daripada bergaul dengan mereka kerana berlaku kecelaruan dalam berkomunikasi dan berinteraksi. Tajuk perbualan menjadi terhad dan tidak fleksibel serta bermasalah dalam bahasa badan (gesture) yang bersesuaian. (Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia, NASOM). Kanak-kanak ini juga sukar untuk bercakap, jika ada pun hanya untuk seketika itupun dalam jangka masa yang sekepaj sahaja.
4. Kesedihan dan ketakutan
Tidak dapat dinafikan kedua-dua faktor di atas akan mengakibatkan kanak-kanak bermasalah pembelajaran akan mengalami kekurangan dari segi perkembangan sosial samada disedari atau tidak. Sebagai contoh, mereka akan mengalami masalah kekurangan kawan, selalu bergaduh, menjadi mangsa salah faham, tidak mampu untuk belajar dan seterusnya menyebabkan kanak-kanak ini akan terus merasa bingung, sedih, cemas dan seterusnya mengakibatkan mereka tidak mampu belajar.
Pelajar ini mungkin melarikan diri ke dalam fantasi untuk mengelakkan pengalaman yang menyakitkan kegagalan. Hal ini tidak hanya menghasilkan kegagalan untuk mempelajari keterampilan baru, tapi memperkuatkan lagi pemikiran pelajar ini bahawa pengertian cacat adalah terlalu besar untuk ditangani. Selain itu, jika seorang pelajar telah berusaha namun masih tidak berjaya, tetapi ia melihat teman-teman menerima pujian atas pekerjaan mereka, besar kemungkinan mereka akan menjadi tidak responsif terhadap kegiatan yang berkaitan dengan sekolah (Hall & Haws, 1989) dan mungkin tidak akan berusaha lagi atau akan menyebabkan dia tidak mahu datang ke sekolah lagi.
6.0 IMPAK KEPADA KELUARGA
Umumnya kita ketahui setiap daripada ibu bapa inginkan dan impikan anak-anak yang sempurna. Kedukaan pastinya reaksi biasa bila ibubapa mula-mula mengetahui bahawa anak mereka kanak-kanak istimewa.(Mohd. Sharani Ahmad, 2004). Pastinya mereka akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu dilalui sepanjang proses mebesarkan dan mendidik mereka. Adakalanya segelintir daripada mereka tidak dapat menerima hakikat yang berlaku ke atas anak mereka. Anak-anak istimewa ini memerlukan perhatian dan jagaan yang lebih berbanding anak-anak lain. Oleh yang demikian ibubapa perlu melakukan perancangan sebaik mungkin bagi persediaan menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku.
Dalam proses kedukaan yang dialami, ibubapa mungkin akan menjadi pemarah, mengalami gangguan dan akan sentiasa rasa bersalah dengan sebarang reaksi mereka atau mereka akan menidakkan sebarang kesulitan terutama sekali terhadap penampilan dan tingkah laku anak mereka. (Mohd Sharani Ahmad, 2004). Ibubapa juga seringkali menghadapi pelbagai masalah berkenaan dengan tingkah laku anak serta kekurangan perkhidmatan dan bimbingan dalam intervensi anak.
Sebagai ibubapa kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran atau istimewa mereka perlu sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku. Mereka perlu berhadapan dengan segala impak yang mungkin seperti yang dibincangkan di bawah.
Kesan yang pertama ialah keluarga merasa satu cabaran dan beban untuk memenuhi kehendak anak-anak istimewa ini. Ini kerana mereka tidak memahami apakah kehendak anak-anak mereka, sehinggakan anak-anak akan memberontak serta adakalanya anak-anak ini akan terus gagal dalam alam pembelajaran dan kehidupan. Anak-anak istemewa ini memerlukan perhatian yang lebih kerana anak-anak istimewa ini selain daripada berhadapan dengan masalah membaca dan menulis, mereka juga mengalami masalah sosial dan emosi, ini kerana mereka terpaksa menempuh persekitaran dalam keadaan berbeza daripada kanak-kanak lain. Maka ibubapa haruslah memberikan kerjasama dan berbincang dengan guru mengenai masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka.
Kesan yang kedua ialah masalah kewangan dan perbelanjaan. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa ini, jika mereka inginkan anak-anak mereka berjaya dalam akademik maka mereka haruslah membantu anak-anak mereka dengan menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah khas dan menyediakan alat-alat pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk menggalakkan anak-anak mereka belajar dengan lebih selesa. Ibubapa tidaklah hanya bergantung sepenuhnya kepada pihak sekolah. Jika ibubapa dapat memainkan peranan bersama maka tidak mustahil anak-anak istimewa ini akan berjaya, contohnya ibubapa membantu anak-anak dalam membuat latihan bagi keadaan tertentu ataupun dikenali ‘main peranan’.
Kesan yang ketiga ialah ibubapa akan mudah tersinggung samada dengan keluarga terdekat guru-guru dan masyarakat. Apabila anak-anak istimewa ini semakin besar dan anak-anak ini akan menyertai sekolah rendah, di alam persekolahan mereka akan menunjukkan kelemahan dalam akademik, ibubapa akan malu jika anak mereka gagal dan dilabelkan bodoh oleh segelintir masyarakat. Selain daripada itu ibubapa adakalanya akan merasa rendah diri terhadap masyarakat dan bersedih dengan pencapaian anak-anak mereka. Ibubapa adakalanya akan merasa kecewa jika anak-anak mereka gagal dalam akademik.
Seterusnya ialah ibubapa akan menghadapi masalah dalam keluarga mereka, anak-anak istimewa ini memerlukan perhatian dan jagaan yang lebih berbanding anak-anak lain maka timbullah perasaan cemburu dikalangan anak-anak lain dalam keluarga itu. Maka ibubapa seharusnya menerangkan kepada adik- beradik yang lain tentang masalah kanak-kanak istimewa ini, jika boleh libatkan seluruh ahli keluarga dalam membantu kanak-kanak istimewa ini.
Selain kelemahan dalam perkembangan akademik pelajar ini juga menghadapi masalah dalam perhubungan sosial. Ibubapa haruslah memahami bahawa anak-anak mereka ini perlu diajar tingkahlaku yang bertepatan dengan kehendak sosial. Mereka boleh mempelajarinya melalui pemerhatian keatas orang di sekeliling mereka. Mereka lazimnya tidak dapat mengesan orang lain sedang marah ataupun tersinggung dengan tingkah laku atau pertuturan mereka. Ini menyebabkan mereka akan berhadapan masalah apabila berada dalam majlis ataupun keraian tertentu iaitu mereka mungkin akan tersisih. Oleh itu amatlah penting kanak-kanak istimewa diajar kemahiran bersosial, termasuk penerangan yang jelas berkenaan situasi tertentu dan tingkahlaku serta tuturkata yang bersesuaian. Situasi yang dilalui perlu dijelaskan dengan terperinci kepada kanak-kanak itu. Umpamanya, apabila kanak-kanak dibawa kesuatu majlis perkahwinan, maklumkan ada suasana bising, dengan ramai kanak-kanak serta pelbagai hantaran dan hadiah.
Ibubapa perlu berterusan memberi galakan kepada anak-anak mereka, dengan memberikan contoh tokoh yang sudah bekerja keras bagi mengatasi kekurangan diri dan akhirnya berjaya. Pastikan juga kanak-kanak itu diberi ganjaran berasaskan usaha yang dicurahkannya dan bukannya hasil semata-mata. Ibu bapa perlu mengambil inisiatif meneroka dan mencari satu bidang yang dapat dikuasai oleh kanak-kanak itu dengan baik seperti melukis, membuat kerja tangan, memasak ataupun permainan tertentu. Ini merangkumi apa sahaja bakat yang dapat dikembangkan dan diberi pujian. Ia memberi kesan yang sangat positif kearah peningkatan konsep kendiri kanak-kanak itu.
7.0 IMPAK KEPADA MASA DEPAN KANAK-KANAK.
Kanak-kanak yang bermasalah dalam pembelajaran lazimnya menghadapi banyak masalah khususnya dari segi peluang pekerjaan yang baik apabila dewasa. Masalah lain termasuklah kemampuan menyara keluarga dan membesarkan anak-anak yang sempurna. Ada yang cuba mengatasi kekecewaan mereka dengan mengambil dadah dan alkohol, bahkan ada juga yang terlibat dengan jenayah. Perkara ini amat menyedihkan kerana ia sebenarnya dapat dielakkan lebih awal.
Memandangkan kejayaan mengatasi masalah pembelajaran banyak bergantung kepada diri kanak-kanak itu sendiri, adalah amat penting mereka sentiasa dibekalkan dengan pelbagai kisah kejayaan tokoh terkenal agar mereka tidak mudah putus asa. Sebagai contoh, terdapat ramai dikalangan mereka yang mengalami masalah seperti mereka sudah melakukan sumbangan yang besar dalam pelbagai bidang. Ada dikalangan mereka merupakan saintis, ahli politik, pengarah syarikat, doktor, atlit, penghibur terkenal dan arkitek.
Mereka semua sudah berjaya mengatasi segala cabaran dan halangan sehingga akhirnya berupaya mencapai impian dan cita-cita mereka. Bahkan, kadangkala masalah dalam persepsi mereka itulah yang menjadi faktor utama kejayaan. Mereka mengfokuskan kearah memperkembangkan dan menggunakan sepenuhnya kemampuan ‘luar biasa’ mereka yang tersembunyi. Lazimnya, ciri utama yang membawa kejayaan pada diri tokoh-tokoh ini adalah kegigihan dan kecekalan. Mereka tidak pernah putus asa, tidak kira betapa mustahilnya perkara yang mereka perlu lakukan. Kejayaan mereka dalam hidup membuktikan, mereka mampu mencapai ‘keajaiban’ asalkan ada sokongan berterusan daripada ibubapa dan guru yang penyayang dan prihatin.
Berikut adalah beberapa kisah kejayaan tokoh terkenal yang diketahui mengidap salah satu daripada masalah pembelajaran iaitu disleksia. Selain daripada mereka, sebenarnya terdapat ramai lagi individu yang berjaya menagtasi segala masalah mereka dan mencatat kejayaan dalam hidup. Sayangnya, jumlah yang tidak berjaya adalah jauh lebih ramai, sedangkan mereka sebenarnya mampu cemerlang dengan bimbingan dan sokongan sewajarnya.
Ramai tokoh-tokoh terkenal yang mempunyai masalah pembelajaran telah menunjukkan bahawa mereka juga boleh berjaya seperti orang normal. Namun di sebalik kejayaan itu terdapat pelbagai kesukaran yang dihadapi. Tokoh-tokoh ini belajar untuk mengatasi atau menghindari hambatan mereka, membolehkan mereka untuk mencapai impian dan keinginan mereka. Pada kenyataannya, mereka menggunakan pelbagai kesukaran dan gangguan yang dihadapi sebagai pemangkin untuk berjaya, memaksa mereka untuk mengembangkan dan memanfaatkan bakat tersembunyi. Yang paling penting ialah mereka "menyelamatkan nyawa" karakteristik adalah ketekunan. Mereka tidak pernah menyerah kalah dan tidak peduli akan semua kesulitan sebelum beroleh kejayaa. Kejayaan hidup mereka, meskipun mengalami masalah pembelajaran seperti disleksi, menunjukkan kepada kita bahawa "mukjizat" yang boleh dicapai ialah dorongan daripada orang tua yang penuh kasih dan perhatian guru anda percaya pada diri mereka sendiri.
Dalam banyak keadaan, mereka yang mengalami masalah pembelajarn mula menunjukkan peningkatan dan kejayaan dalam hidup apabila tamat zaman persekolahan. Ini kerana, dalam dunia sebenar di luar sistem persekolahan, mereka dapat menggunakan strategi tertentu bagi menyesuaikan diri. Mereka lazimnya mula mengenalpasti kelebihan mereka, terutamanya perkara tertentu yang dirasakan sukar oleh orang lain tetapi mudah bagi mereka. Antara bakat dan kebolehan yang lazimnya dipunyai oleh mereka yang mengalami masalah pembelajaran adalah:
• Kreativiti
• Pemikiran literal
• Imaginative atau mempunyai cara berbeza melakukan sesuatu ataupun menyelesaikan masalah.
• Hubungan ruang ( spatial relatonships )
• Membuat visualisasi.
Ramai juga yang sangat berbakat dalam nyanyian dan muzik. Tidak kurang juga yang cemerlang dalam aktiviti pembinaan dan teknikanl. Terdapat banyak syarikat antarabangsa yang memang mencari calon-calon masalah pembelajaran seperti disleksia bagi mengisi jawatan tertentu dalam kelompok rekaan dan pembinaan mereka, kerana pengidap disleksia mempunyai pemikiran yang sangat asli dan original (BBC Education ).
Antara tokoh-tokoh yang telah meraih kejayaan disebalik kesukaran ialah:
• Bill Gates, 1955 ( US Microsoft Giant)
• Jane Austen, 1775-1817 ( Novelis Inggeris, Penulis buku Pride and Prejudise)
• Thomas Edison, 1847-1931 (Ahli santis dan pereka cipta Amerika)
• Albert Einstein, 1879-1955 (German/Amerika theoretical physicist)
• Henry Ford, 1863-1947 (pencipta kereta Ford Amerka)
• Wolfgang Amadeus Mozart, 1756-1791 ( composer Muzik Austria)
• Issac Newton, 1642-1727 (Pakar matematik dan fizik Inggeris)
• John Denver, 1943-1997 (Ahli muzik dan penyanyi Amerika)
• Jinn Henson, 1936-1990 (Pencipta Muppets)
• Andy Warhol, 1928-1987 (artis Amerika)
• Bob Dylan, 1941- ( penulis lirik dan penyanyi Amerika)
• Keanu Reeves, 1964- (pelakon Lebanon/Canada/Amerika)
• Leornardo Da vinci, 1452 ( Pelukis, pereka sipta, saintis, jurutera, arkitek, pengukir, ahli Matematik, pakar anatomi, astronomi, geologi, biologi dan ahli falsafah terkenal)
• Thomas Edison, 1847-1931 (Ahli santis dan pereka cipta Amerika)
• Pablo Picasso, 1881 ( Pelukis terkenal)
• Richard Brainson (Pengasas dan pengerusi Syarikat Virgin Group)
• Jay Leno ( artis Komedi )
• Whoopi Goldberg ( Penghibur dan selebriti Amerika)
• David Boies (seorang peguam yang masyhur )
8.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, adalah sangat penting bagi para guru dan ibu bapa memberikan bantuan, sokongan dan perangsang yang kosisten dan berterusan. Antaranya adalah dengan :
• Mendengar suara hati dan perasaan kanak-kanak itu.
• Memberikan penghargaan kepada setiap usaha yang ditunjukkan dan bukannya kepada hasil semata-mata.
• Berhati-hati dengan perkataan yang dituturkan kepada mereka bagi mengelakkan kesan negatif
• Bantu mereka membina matlamat peribadi untuk diri mereka sendiri.
• Bantu mereka merasai kejayaan dalam bidang ataupun aspek tertentu dalam kehidupan mereka.
Ketidakmampuan belajar umum menyedari apa yang terjadi di sekitar mereka. Namun, kemampuan mereka untuk memahami dan berkomunikasi mungkin terhad, dan mereka boleh merasa sukar untuk mengekspresikan diri. Ucapan masalah boleh membuat semakin sulit untuk membuat orang lain memahami perasaan dan keperluan mereka. Mereka boleh menjadi frustrasi dan kecewa dengan keterbatasan mereka sendiri. Ketika mereka membandingkan diri mereka sendiri untuk anak-anak lain, mereka boleh merasa sedih atau marah dan berfikir buruk tentang diri mereka sendiri.
Bagi ibubapa, umum mengetahui bahawa adalah satu perkara yang menyedihkan sekiranya mengetahui anak mereka mempunyai ketidakmampuan belajar umum. Mungkin sukar bagi mereka dan ahli keluarga untuk memahami mengapa mereka mendapat si anak seperti ini. Ini juga menjadi menjadi kesukaran untuk berkomunikasi dengan belajar anak kurang upaya, sukar untuk menguruskan perilaku mereka dan sukar bagi orang lain untuk mengerti.
Saudara-saudara mungkin juga akan terjejas dalam beberapa cara. Mereka mungkin merasa cemburu pada perhatian yang diberikan kepada mereka atau malu dengan kelakuan mereka. Mereka bahkan mungkin diolok-olok di sekolah. Namun demikian selalunya secara peribadi mereka juga akan turut bertanggungjawab atas kecacatan mereka saudara. Dan tekanan yang dihadapi oleh ibu bapa mereka. Walau bagaimanapun, dengan pengajaran yang betul dan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa, kanak-kanak masalah pembelajaran masih dapat belajar dengan baik serta menunjukkan peningkatan dalam akademik.
Penyakit kecacatan pada mental yang memberi kesan sepanjang hidup ini terlalu sukar untuk dipulihkan. Maka, adalah menjadi tanggungjawab kepada semua pihak terutamanya guru-guru dalam mengenal pasti setiap ciri-ciri kanak-kanak ini supaya dapat berhadapan dengan mereka dengan bijak dan menggunakan segala kemahiran yang ada dalam membentuk mereka menjadikan seperti kanak-kanak yang lain. Kesabaran dan ketabahan diperlukan dalam menguruskan kanak-kanak ini kerana tanpa kesabaran dan ketabahan yang tinggi menyebabkan kanak-kanak ini akan terus cacat seumur hidup mereka.
RUJUKAN
1. Apa itu Disleksia? Panduan Untuk Ibubapa, Guru & kaunselor: Sheila Devaraj & Samsilah Roslan, PTS Professional Publishing Sdn Bhd, Kuala Lumpur Malaysia, 2006.
2. Apa itu Autisme: K.A Razhiyah, PTS Professional Publishing Sdn Bhd, Kuala Lumpur Malaysia, 2008.
3. Mengapa Kanak-kanak Sukar Belajar: K.A Razhiyah, PTS ProfessionalSdn Bhd, Kuala Lumpur Malaysia, 2006.
4. Special Children: Mohd. Sharani Ahmad, Universiti Putra Malaysia, Selangor, 2004.
5. Understanding Learning Disabilities: Carol Turkington and Joseph R.Harris, Checkmark Books, New York, 2003.
6. http://www.audiblox2000.com/tom-cruise_dyslexia.htm
7. http://www.audiblox2000.com/dyslexia_dyslexic/dyslexia015.htm
8. http://www.as.wvu.edu/~scidis/dysgraphia.html
9. http://www.dyslexiaonline.com/famous/famous.htm
10. http://www.dyscalculiaforum.com/viewpage.php?page_id=18
11. http://www.medicalnewstoday.com/articles/151951.php
12. http://www.nutramed.com/children/hyperactivity.htm
13. http://www.pts.com.my/modules.php?name=News&file=print&sid=489
Tugasan Kumpulan 2:
Siti Zaleha bt Mohd Noh (M20092000935)
Zlaifah bt Noor (M20092000944)